Label

Khamis, 26 Januari 2012

Kunjungan Presiden Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa (ASPIRASI Malaysia)


Putrajaya, 25 Januari 2012 – Bahagian Mahasiswa dan Remaja telah menerima kunjungan daripada Encik Mohd Shahar bin Abdullah, Presiden Persatuan ASPIRASI Malaysia.



Khamis, 19 Januari 2012

PTMLN KBN Ulu Sepri 14 Jan 2012

Rembau, 14 Januari 2012 - Bahagian Mahasiswa dan Remaja telah melaksanakan Program Transformasi Mahasiswa Ke Luar Negara pada 14 hingga 18 Januari 2012 di Kem Bina Negara Ulu Sepri, Rembau, Negeri Sembilan. Peserta yang hadir pada kali ini akan bertolak ke Korea dan Australia pada bulan Februari 2012.

Khamis, 12 Januari 2012

Kunjungan Bahagian Kaunseling, Masterskill

Putrajaya, 12 Januari 2012 - Pegawai dari Bahagian Kaunseling, Masterskill telah mengadakan kunjungan ke Bahagian Mahasiswa dan Remaja, Putrajaya bagi membincangkan tentang program yang boleh dilaksanakan bersama sepanjang 2012.


Rabu, 11 Januari 2012

Program Transformasi Pemimpin Mahasiswa Kolej MARA Banting Dengan Kerjasama GPMS


Nilai, 07 Januari 2012Bahagian Mahasiswa dan Remaja telah melaksanakan Program Transformasi Pemimpin Mahasiswa Kolej MARA Banting Dengan Kerjasama GPMS pada 07 hingga 08 Januari 2012 di Kem Bina Negara Kuarters KLIA, Nilai, Negeri Sembilan.


Khamis, 5 Januari 2012

Program Peningkatan Profesionalisme Bahagian Mahasiswa Dan Remaja


Bukit Merah, Perak. 27 Disember 2011 - Bahagian Mahasiswa dan Remaja telah melaksanakan Program Peningkatan Profesionalisme pada 27 hingga 30 Disember 2011 di Bukit Merah Club House, Perak. Di antara pengisian program yang dijalankan adalah ceramah bertajuk Hala Tuju Bahagian Mahasiswa dan Remaja oleh Dr. Roslan Bin Hussin. Ceramah tentang Blog oleh Encik Mohamad Basri Hamzah. Selain daripada slot ceramah, lawatan ke BTN Pulau Pinang juga telah diadakan.