Label

Rabu, 5 September 2012

Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri Jabatan Perdana Menteri

Y.A.B Dato' Seri Mohammad Najib bin Haji Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia mengunjungi
gerai makanan Biro Tatanegara, JPM sempena Majlis Jamuan Raya Jabatan Perdana Menteri
Pengarah Mahasiswa dan Remaja, Dr. Roslan Husin dan Pegawai BTN turut serta di Majlis Jamuan Raya 
Jabatan Perdana Menteri 
Lautan makanan di Majlis Jamuan Raya Jabatan Perdana Menteri


Majlis Berbuka Puasa bersama Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana




Hari Terbuka 'Government Transformation Programme' (GTP)

 24 Julai 2012, KLCC : Seramai 100 orang Pegawai BTN telah menghadiri Hari Terbuka Government Transformation Programme (GTP). Hari terbuka GTP ini bertujuan memberi pendedahan kepada semua penjawat awam mengenai tujuan GTP. Turut hadir menyampaikan pembentangan adalah Datuk Seri Idris Jala.

Datuk Seri Idris Jala sedang membuat pembentangan mengenai GTP

Hari Terbuka GTP


Konvensyen Pemimpin Muda Negara

Pada 19 Julai 2012 yang lalu Bahagian Mahasiswa dan Remaja telah turut serta
memeriahkan Konvensyen Pemimpin Muda Negara yang telah diadakan bertempat
di Bangunan Parlimen Malaysia. Seramai 600 pemimpin muda negara di seluruh IPT
telah turut serta menghadiri program tersebut.

Persiapan Konvensyen Pemimpin Muda Negara


Cenderahati untuk peserta
Perdana Menteri bersalaman dengan pegawai BTN

Konvensyen Pemimpin Muda Negara

Perdana Menteri Y.A.B. Dato' Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak 

Bersama Khairi Jamaluddin



Seminar Gagasan 1Malaysia Pelajar SMK Seri Perak, Teluk Intan

Pada 7 Julai 2012 yang lalu BTN telah mengadakan Seminar Gagasan 1Malaysia Pelajar SMK Seri Perak, 
Teluk Intan. Seramai 110 orang pelajar Tingkatan 6 telah hadir.

Ceramah Gagasan 1Malaysia oleh Puan Noor Faizah binti Razali

"Cuba bayangkan ada sebiji epal di tangan sebelah kiri anda..."

"Bayangkan..."

Interaksi bersama peserta

Fail peserta untuk seminar

Selasa, 17 Julai 2012

Program Motivasi bersama Ibu bapa, Guru dan Pelajar Sekolah Kebangsaan Pos Dipang, Perak

Program motivasi ini dilaksanakan sempena Hari Anugerah Cemerlang Pelajar SK Pos Dipang pada 15 Julai 2012. Seramai 200orang ibu bapa, pelajar serta guru Orang asli telah hadir ke program ini.

Isnin, 16 Julai 2012

Program Sembang 1Malaysia bersama Guru Sekolah Menengah Toh Johan, Perak

Program Sembang 1Malaysia ini telah dilaksanakan bersama guru SMK Toh Johan, Perak pada 14 Julai 2012. Seramai 23 orang guru telah hadir. Pengisian yang santai telah berjaya mengeratkan lagi hubungan antara BTN dan guru SMK Toh Johan.

Jumaat, 13 Julai 2012

Program Transformasi Mahasiswa Universiti Putra Malaysia

Program Transformasi Mahasiswa UPM ini telah diadakan pada 24 hingga 29 Jun 2012 bertempat di kem Panorama Langkawi, Kedah. Program ini telah dikendalikan oleh En. Haslizar bin Rozally. Seramai 89 orang peserta telah hadir. Program ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada peserta khasnya pelajar UPM untuk lebih berkeyakinan dalam berhadapan dengan apa jua situasi yang mencabar mereka.


Sesi Ice breaking oleh En. Haslizar bin Rozally
Sesi bersama Fasilitator


Pelajar sedang khusyuk mendengar taklimat Explorecity
Sesi Explorecity yang mencabar minda. Pelajar sedang menyiang ikan sembilang.
Sedang menyiapkan task yang kedua dalam Explorecity, mengukur kelapa


Program Transformasi Mahasiswa Universiti Malaysia Pahang

Program Transformasi Mahasiswa Pahang telah diadakan pada 21 hingga 23 Jun 2012 bertempat di KBN Kuala Lipis, Pahang. Penyelaras program ini Encik Haslizar bin Rozally telah berjaya melaksanakannya dengan baik. Sebanyak 7 slot Penjanaan Keilmuan, Peningkatan Kesedaran (PKPK) telah dilaksanakan oleh fasilitator-fasilitator yang berpengalaman terdiri daripada pegawai-pegawai Bahagian Mahasiswa dan Remaja. Program ini juga dibantu oleh jurulatih BTN yang berwibawa. Antara aktiviti yang mendapat tempat di hati peserta ialah slot PKPK yang terakhir iaitu Eksplore City Bandar Kuala Lipis. Aktiviti tersebut bukan sahaja dapat membantu peserta memantapkan komunikasi dan mengeratkan siraturrahim dalam kalangan kumpulan peserta malah masyarakat setempat juga. 


 Sesi Taklimat Program

 Slot PKPK

Eksplore City aktiviti Musang Berjanggut

Tekun menyiapkan tugasan Musang Berjanggut
Mendengar taklimat daripada Penyelaras
Sedang berbincang strategi untuk mengalahkan kumpulan Fasi bagi permainan Galah Panjang

Isnin, 16 April 2012

Program Transformasi Mahasiswa MASTERSKILL 2/ 2012


Melaka, 15 April 2012 - Bahagian Mahasiswa dan Remaja telah melaksanakan Program Transformasi Mahasiswa Kolej Universiti Sains Kesihatan Masterskill Bil 2/ 2012 pada 13 hingga 15 April 2012 di Kem Modal nsan Sungai Rambai, Merlimau, Melaka.