Label

Jumaat, 13 Julai 2012

Program Transformasi Mahasiswa Universiti Malaysia Pahang

Program Transformasi Mahasiswa Pahang telah diadakan pada 21 hingga 23 Jun 2012 bertempat di KBN Kuala Lipis, Pahang. Penyelaras program ini Encik Haslizar bin Rozally telah berjaya melaksanakannya dengan baik. Sebanyak 7 slot Penjanaan Keilmuan, Peningkatan Kesedaran (PKPK) telah dilaksanakan oleh fasilitator-fasilitator yang berpengalaman terdiri daripada pegawai-pegawai Bahagian Mahasiswa dan Remaja. Program ini juga dibantu oleh jurulatih BTN yang berwibawa. Antara aktiviti yang mendapat tempat di hati peserta ialah slot PKPK yang terakhir iaitu Eksplore City Bandar Kuala Lipis. Aktiviti tersebut bukan sahaja dapat membantu peserta memantapkan komunikasi dan mengeratkan siraturrahim dalam kalangan kumpulan peserta malah masyarakat setempat juga. 


 Sesi Taklimat Program

 Slot PKPK

Eksplore City aktiviti Musang Berjanggut

Tekun menyiapkan tugasan Musang Berjanggut
Mendengar taklimat daripada Penyelaras
Sedang berbincang strategi untuk mengalahkan kumpulan Fasi bagi permainan Galah Panjang